Tuesday, July 17, 2012

Kenapa rakyat tolak PAS?

























Assalamualaikum,

PAS adalah sebuah parti politik yang berimejkan islam dan agama islam adalah satu perjuangan yang dilaung-laungkan oleh pengikut mereka.Namun pada pandangan mila sendiri itu adalah berlainan sekali dengan mulut penceramah mereka apabila memaki hamun musuh politik mereka di pentas ceramah (Mila sudah mengetahui semasa kecil apabila ada ceramah di jalankan berdekatan rumah).
Sejak itu mila mula sangsi dengan perjuangan mereka.

Pada PRU12 mila telah terbuka mata apabila termakan kata-kata "Cuba tukar kerajaan sepenggal". maka mila sedekahkan undi mila pada PAS dari Pakatan Rakyat.Waktu itu 1st time mila mengundi.

Namun kebelakangan ini gabungan PAS dengan DAP dan PKR ternyata tidak memberikan kelebihan kepada PAS.
Ini dapat dilihat apabila PAS dengan lantang menyalahkan UMNO dalam setiap kemungkaran yang dikerjakan oleh sahabat mereka di dalam perikatan PR.



Disini mila akan senaraikan kenapa rakyat menolak PR dari pandangan mila :

PAS menggelarkan diri mereka ISLAM lebih dari orang lain (Sesiapa yang tidak sefahaman dengan mudahnya digelar kafir)

Mereka terlalu taksub dalam berpolitik hingga menutup ruang untuk melihat kebenaran.Jika TGNA silap membuat kenyataan maka mereka akan cuba membetulkan perkara itu sehingga terpaksa memutarbelitkan fakta.Ini jelas ketika TGNA katakan Nabi itu budak kampung biasa. Maka mereka terus membela dengan apa yg TGNA katakan itu, Sehingga akhirnya mereka katakan "Nik Aziz tahu lah apa dia maksudkan.." atau "Ko cukup iman ke nak lawan ulama'?" atau "Umno lg teruk kafir " atau "Betul la Ulama' cakap ko bantah Ulama' sama dgn ko lawan nabi" atau "Nik Aziz tu cakap betul la.. Ustaz lain semua salah!"

Orang PAS ni iman sekadar diluar.. betul atau tidak bergantung kepada siapa orang tersebut...Ini jelas apabila mereka sanggup kafirkan orang lain.Dimanakah iman mereka jika dengan perasan bagus berani kafirkan orang..Apakah mereka dah pasti mereka bakal ke syurga? Entah-entah kerana kata-kata mereka ini lah yang menjadi penghalang untuk mereka merasa nikmat Syurga Wallahualam.

Orang PAS suka menjilat ludah sendiri apabila melakukan perkara yang menjadi ISU bagi mereka suatu hari dulu.
Antaranya mereka katakan Putrajaya adalah projek sia-sia duit rakyat dan sebagainya,namun sekarang apa jadi? Putrajaya adalah hala tuju mereka.
Mereka katakan UMNO kafir kerana bekerjasama dengan MCA dan MIC, namun sekarang mereka lebih utamakan DAP dari sahabat seagama mereka. Wallahuallam.

Orang PAS ni sanggup membela DAP bermati matian.. kerana sefahaman dengan mereka... Mila pernah berdebat dengan seorang lelaki dari PAS, dia kata UMNO kafir, DAP tak kafir sebab DAP tu parti.Sanggup berputar-putar untuk menyokong DAP.

PAS menolak muzakarah sebaliknya mengutamakan Debat yang ternyata menambahkan lagi jurang berbaik antara dua Puak beragama Islam di malaysia ini.

Dan banyak lagi kenapa Rakyat menolak PR, Terlalu banyak nak disenaraikan sehingga mungkin memerlukan banyak edisi pembongkaran.

Apapun mila dah letih nak menulis...nantikan pendedahan demi pendedahan dari seorang rakyat dikemudian hari

No comments:

Post a Comment