Tuesday, July 24, 2012

Melayu Bodoh Kerana UMNO?

Ingatkah anda peristiwa 13 mei?
Pernah kah anda mengetahui mengenai sejarah ini dengan lebih mendalam?
Kenalkah anda dengan party DAP?

Kenalkah anda dengan LIM KIT SIANG?
Tahukah anda DAP dengan keras tidak sesekali menyokong HUDUD?

Kini apabila seorang melayu menjadi BODOH dan BANGANG menyokong Mereka maka apa sudah jadi?
Apakah mereka ini terlalu bodoh untuk diperbodohkan?


Mila malas nak cakap apa dah..
Nilaikan sendiri jika agama pun diorang sanggup gadaikan..
Inikan pulak tanah air :-)
Enhanced by Zemanta

Amenoworld cuba selindung kejahatan PR?

Kebelakangan ini tersebar luas di Internet di mana Zam Zarina Zambri di blognya iaitu http://zamzarinazambri.blogspot.com telah membuat sebuah post bertajuk :

DALANG FITNAH WIKIPEDIA ROSMAH MANSOR DIDEDAHKAN.. 

Dan pendedahan ini telah memberi kesan kepada Pakatan Rakyat kerana dengan jelas dan terang telah terkantoi mereka FITNAH dan turut menyebarkan FITNAH secara berleluasa terhadap DS ROSMAH.


Blog Papagomo juga telah menyebarkan perkara ini dan ternyata perkara ini boleh membuatkan Pakatan Rakyat terdiam akibat kantoi yang memalukan keh keh keh.

Ok apa yang Mila nak fokus kan kat sini bukan berkenaan kantoi tersebut, tetapi cubaan menutup kesalahan Pakatan Rakyat oleh sebuah blog pembangkang iaitu Amenoworld.
Enhanced by Zemanta

Persoalannya kenapa blog ini membuat POST seperti dibawah ini?

Keh keh keh..

Mari kita lihat dari sudut pandangan Mila sendiri :

"Sebenarnya Juak Pakatan Rakyat telah dengan jelas terkantoi menyebarkan FITNAH terhadap DS ROSMAH selama bertahun-tahun,
Ini adalah salah satu cara PAKATAN HARAM berkempen demi undi,
Apabila mereka kantoi maka dengan segera seorang Blogger yang kononnya suci dan tidak mengetahui tentang FITNAH tersebut membuat POST supaya "RAKYAT" melihat kesalahan FITNAH ini adalah berpunca dari INDIVIDU atau dengan mudah nya bukan dari PAKATAN RAKYAT.

Tapi jelas tiada Rakyat yang sanggup menanggung DOSA fitnah ini melainkan pemimpin Pakatan Rakyat sahaja!

Faham tak?

Lihat lah POST dia ni hahaha lawak betul lah :







Sekali tengok pun tahu Amenoworld berlakon tidak tahu berkenaan perkara ini!

Keh keh keh..

Kita dah dapat lihat dengan jelas betapa kotor cara Pembangkang Malaysia melakukan kempen.
Dengan FITNAH sahaja mereka berjaya mendapat undi dari RAKYAT

P/S: Mila tahu Amenoworld terpaksa membuat POST ini bagi mengelakkan "Anuwar atau Nik Aziz" yang terpaksa jawab dari wartawan nanti :-)

Tuesday, July 17, 2012

Kenapa rakyat tolak PAS?

























Assalamualaikum,

PAS adalah sebuah parti politik yang berimejkan islam dan agama islam adalah satu perjuangan yang dilaung-laungkan oleh pengikut mereka.Namun pada pandangan mila sendiri itu adalah berlainan sekali dengan mulut penceramah mereka apabila memaki hamun musuh politik mereka di pentas ceramah (Mila sudah mengetahui semasa kecil apabila ada ceramah di jalankan berdekatan rumah).
Sejak itu mila mula sangsi dengan perjuangan mereka.

Pada PRU12 mila telah terbuka mata apabila termakan kata-kata "Cuba tukar kerajaan sepenggal". maka mila sedekahkan undi mila pada PAS dari Pakatan Rakyat.Waktu itu 1st time mila mengundi.

Namun kebelakangan ini gabungan PAS dengan DAP dan PKR ternyata tidak memberikan kelebihan kepada PAS.
Ini dapat dilihat apabila PAS dengan lantang menyalahkan UMNO dalam setiap kemungkaran yang dikerjakan oleh sahabat mereka di dalam perikatan PR.



Disini mila akan senaraikan kenapa rakyat menolak PR dari pandangan mila :

PAS menggelarkan diri mereka ISLAM lebih dari orang lain (Sesiapa yang tidak sefahaman dengan mudahnya digelar kafir)

Mereka terlalu taksub dalam berpolitik hingga menutup ruang untuk melihat kebenaran.Jika TGNA silap membuat kenyataan maka mereka akan cuba membetulkan perkara itu sehingga terpaksa memutarbelitkan fakta.Ini jelas ketika TGNA katakan Nabi itu budak kampung biasa. Maka mereka terus membela dengan apa yg TGNA katakan itu, Sehingga akhirnya mereka katakan "Nik Aziz tahu lah apa dia maksudkan.." atau "Ko cukup iman ke nak lawan ulama'?" atau "Umno lg teruk kafir " atau "Betul la Ulama' cakap ko bantah Ulama' sama dgn ko lawan nabi" atau "Nik Aziz tu cakap betul la.. Ustaz lain semua salah!"

Orang PAS ni iman sekadar diluar.. betul atau tidak bergantung kepada siapa orang tersebut...Ini jelas apabila mereka sanggup kafirkan orang lain.Dimanakah iman mereka jika dengan perasan bagus berani kafirkan orang..Apakah mereka dah pasti mereka bakal ke syurga? Entah-entah kerana kata-kata mereka ini lah yang menjadi penghalang untuk mereka merasa nikmat Syurga Wallahualam.

Orang PAS suka menjilat ludah sendiri apabila melakukan perkara yang menjadi ISU bagi mereka suatu hari dulu.
Antaranya mereka katakan Putrajaya adalah projek sia-sia duit rakyat dan sebagainya,namun sekarang apa jadi? Putrajaya adalah hala tuju mereka.
Mereka katakan UMNO kafir kerana bekerjasama dengan MCA dan MIC, namun sekarang mereka lebih utamakan DAP dari sahabat seagama mereka. Wallahuallam.

Orang PAS ni sanggup membela DAP bermati matian.. kerana sefahaman dengan mereka... Mila pernah berdebat dengan seorang lelaki dari PAS, dia kata UMNO kafir, DAP tak kafir sebab DAP tu parti.Sanggup berputar-putar untuk menyokong DAP.

PAS menolak muzakarah sebaliknya mengutamakan Debat yang ternyata menambahkan lagi jurang berbaik antara dua Puak beragama Islam di malaysia ini.

Dan banyak lagi kenapa Rakyat menolak PR, Terlalu banyak nak disenaraikan sehingga mungkin memerlukan banyak edisi pembongkaran.

Apapun mila dah letih nak menulis...nantikan pendedahan demi pendedahan dari seorang rakyat dikemudian hari

Monday, July 16, 2012

Najib berbaju nipis sehingga menampakkan?

Salam, Ini adalah post pertama dari Mila untuk rakyat malaysia Khususnya tentang perihal keburukan perangai orang berpolitik dimalaysia.

Mila bukan lah bermusuh dengan sesiapa mahupun bekerja untuk sesiapa, Mila cuma ingin membuka mata semua agar tahu betapa kotornya FITNAH yang melanda masyarakat hari ini.

Salah sebuah PAGE yang dibangunkan oleh sebuah parti politik ialah "Kami benci Saiful Bukhari"
Admin page ini ternyata bersifat bodoh dalam politik kerana tidak menjaga aib orang.
Didalam islam sendiri tidak mengajar umat nya menjadi seperti ini, Iaitu mendedahkan aib orang.

Namun juak pas yang menggelarkan mereka islam dari orang lain ini dengan tanpa lapik menonjolkan betapa kurangnya iman di hati mereka, Namun dibibir mereka sering melaungkan kalimah2 suci orang islam?

Apakah mereka ini tidak takutkan dosa?
Fikirkan..

Gambar dibawah ini ialah print screen dari Mila sendiri untuk tatapan umum dan beri lah komen anda apakah ini budaya islam?